Tuesday, July 7, 2015

KURSUS PROFESIONALISME JURULATIH BADAN BERUNIFORM PPIM TERENGGANU

28.2.2015 - Kompleks Dato' Aishahtun Suhaimi. Seramai 40 Guru Pemimpin PPIM Trg yang mewakili 8 daerah Terengganu telah mengikut kursus profesionalisme badan beruniform PPIM. Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk mencari pelapis yang terdiri daripada golongan guru pemimpin yang berusia lingkungan 40 tahun ke bawah. Mereka boleh bertindak sebagai fasilitator di daerah masing-masing. Adalah menjadi harapan PPIM Terengganu khususnya untuk melahirkan Guru Pemimpin yang berwibawa, berpengetahuan dan bersemangat waja dalam berpersatuan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Negeri iaitu Puan Mok Kalthom Abdullah Kutty, Puan Noma bt Baba dan Puan Lijah bt Mahmud serta dibantu oleh Puan Hajah Hamisah Abd Wahab, Puan Faridah bt Muah, Puan Norhazlina bt Muhd Noor. Penyelaras Program adalah Puan Hajah Che Dayang bt Sulaiman. Syabas dan terima kasih kepada semua yang sama-sama berusaha menjayakan kursus ini.

No comments: