Thursday, May 16, 2013

PENILAIAN UJIAN TAHAP 2013

ASSALAMUALAIKUM

Makluman dan tindakan semua guru pemimpin PPIM Terengganu

Puan boleh kemaskini / membuat penilaian ujian tahap mengikut tahap ahli masing-masing bermula sekarang. Segala urusan penghantaran dan semakan oleh panel penilai daerah/negeri/pusat akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kerjasama daripada semua didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

SELAMAT HARI GURU 2013


SELAMAT HARI GURU....
TERIMA KASIH CIKGU.....
SEMOGA SENTIASA DALAM KEREDHAAN ALLAH TAALA.....
KAMI SAYANG CIKGU......

Monday, May 13, 2013

AKTIVITI SEMASA 2013

1. Mesyuarat Agung PPIM Perhubungan Negeri Terengganu
    - Tarikh : 23 Februari 2013
    - Tempat : Kompleks Dato' Hajah Aishahtun Suhaimi, Kuala Terengganu
    - Penyertaan : Semua AJK setiap daerah

2. Kursus Asas Guru Pemimpin PPIMPNT
    - Tarikh : 23-26.3.2013
    - Tempat : Kem Pengakap, Telaga Batin, Kuala Terengganu
    - Penyertaan : 10 orang Guru Pemimpin setiap daerah (belum bertauliah)

3. Kursus Kenaikan Pangkat Puteri 2013
    - Tarikh : 25-28.3.2013
    - Tempat : Kompleks Darul Puteri Cheras, Kuala Lumpur
    - Penyertaan : 9 Puteri SM Imtiaz, K.Trg, 7 Puteri SMK Lembah Bidong, Setiu
                        dan 1 Puteri SK Tembila, Besut. 

4. Himpunan Badan-Badan NGO Wanita Negeri Terengganu
    - Tarikh : 30.3.2013
    - Tempat : Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu
    - Penyertaan : 20 AJK PPIMPNT/PPIMPD

5. Latihan Berpusat Sempena Karnival Puteri PPIM Kebangsaan pada 3-7 Jun 2013
    - Tarikh : 1-23 May 2013
    - Tempat :  Kompleks Dato' Hajah Aishahtun Suhaimi, Kuala Terengganu
    - Penyertaan : 16 Puteri SM Imtiaz, K.Trg, 7 Puteri SK Losong, 6 Puteri SK
                         Sultan Sulaiman 2, 3 Puteri SK Seri Nilam

Sunday, February 19, 2012

PENDAFTARAN KEAHLIAN GURU DAN MURID 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perhatian kepada semua guru pemimpin.
Sila kemaskini pendaftaran keahlian guru dan murid sekolah puan (Pendaftaran online : http://www.puteri-islam.org.my/sekolah/sistem/index.php ).
1. Sila penuhkan data maklumat bagi ahli baru (2012) sahaja. Ahli lama biarkan di dalam senarai pendaftaran, jangan dipadam daripada list....
2. Pastikan pihak sekolah membuat pembayaran pendaftaran keahlian kepada PPIM Daerah masing-masing, kelalaian pihak puan akan menjejaskan proses penilaian ujian tahap sekolah puan.

Sunday, October 9, 2011

BENGKEL AWAL REMAJA LEPASAN UPSR 2011

Sekali lagi PPIM Terengganu akan menganjurkan program Bengkel Awal Remaja Lepasan UPSR pada 10 Oktober 2011 bertempat di Masjid Tengku Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu. Program ini akan dirasmikan oleh Pegawa Pembangunan DUN Kawasan Batu Burok iaitu YBhg. Dato' Haji Che Mat bin Jusoh. Penyertaan adalah terdiri daripada 320 orang Puteri Tahun 6 di seluruh sekolah di negeri Terengganu. Masa adalah bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Para peserta akan didedahkan dengan pelbagai inpit berbentuk kerohanian, kesihatan dan amali kehidupan seharian. Semua ini sebagai persediaan kepada peserta dalam menghadapi alam remaja, khususnya apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kelak. Penggemblengan tenaga oleh semua AJK PN dan PD didahulukan dengan ucapan terima kasih. Program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya oleh tenaga pengajar daripada Yayasan Islam Terengganu, selain beberapa orang pencermah jemputan.

Tuesday, May 10, 2011

SAMBUTAN HARI PUTERI PPIM TERENGGANU 2011

Assalamualaikum kepada semua pemimpin PPIM Terengganu..........

Info Awal :- Sambutan Hari Puteri PPIM Terengganu akan diadakan pada 18 Jun 2011 bertempat di SMK Dato' Razali Ismail, K.Terengganu. Kesemua 8 daerah akan menyertainya. Acara yang bakal dipertandingkan melibatkan penyertaan 10 orang pelajar SM dan 10 orang pelajar SR. Harapan tinggi oleh pihak pentadbiran negeri, agar pihak pentadbiran daerah menganjurkan Sambutan Hari Puteri PPIM Daerah. Ianya bertujuan memilih wakil terbaik daripada daerah masing-masing untuk ke peingkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan..... Antara acara yang bakal dilaksanakan adalah :-
1. Gubahan hantaran daripada gula-gula dan coklat. Kos bebas, hasil sediaan/ciptaan peserta sendiri, hiasan bebas dan dipersembahkan di atas par / dulang hantaran. Peserta- 2 SM & 2 SR. Masa : 1 jam
2. Masakan (sandwich) tanpa hidangan air. Peserta- 2 SM & 2 SR. Masa : 1 jam
3. Gejet 3 jenis yang berbeza. Peserta- 4 SM & 4 SR. Masa : 2 jam
4. Khat jenis khat nasakh, alatulis sendiri ikut kreativiti. Peserta- 2 SM & 2 SR. Masa : 1 1/2 jam

Sunday, January 23, 2011

Mesyuarat AJK PPINT Ke 1/2011

Assalamualaikum

Kepada Semua AJK PPINT:

Mesyuarat akan diadakan sebagaimana butiran dibawah:
Tarikh : 29.1.2011 @ Sabtu
Tempat : Dewan To'Puan Aishahtun, K.Trg (Dewan Seri Budi)
Masa : 9.30 pagi

Kesudian hadir diucapakan terima kasih. Sekian, terima kasih.