Saturday, March 14, 2015

MESYUARAT AGUNG KALI KE 17/2015

5.3.2015 menyaksikan mesyuarat agung kali ke 17 bagi PPIM PN Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Terengganu. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih dari kami warga PPIM PN Terengganu kepada YAB Dato' Menteri Besar Terengganu. Juga tidak dilupakan kepada YABhg. To'Puan Hajah Halina, isteri kepada YAB Dato' Menteri Besar merangkap Pengerusi PPIM PN Terengganu. Majlis ini telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu ( Kediaman Seri Iman). Ianya telah dihadiri oleh YBhg. Tuan Pengarah JPNT, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Para Pegawai JPNT, Semua PPD Terengganu, Pengetua-pengetua dan Guru Besar Daerah Kuala Terengganu serta perwakilan daripada seluruh Negeri Terengganu. Acara sampingan adalah pertandingan Gubahan Bunga Hidup, Gubahan Telekung Sembahyang dan Menghias Kek disamping pameran dan gerai jualan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini....


No comments: