Tuesday, October 22, 2013

MESYUARAT DAN BENGKEL UJIAN TAHAP 2013

18-21.10.13 - Mesyuarat dan bengkel penilaian ujian tahap PPIM. PPINT diwakili oleh Pn. Faridah bt Mansor, Pn. Faridah bt Muah dan Pn. Nor Isoura bt Mohd Nor. Untuk makluman semua, masih terdapat kesalahan-kesalahan biasa seperti keraguan tarikh, kesilapan format borang, tiada surat iringan sekolah, markah penilaian tidak diisi, markah semua calon adalah sama, kekeliruan jumlah permohonan calon dgn senarai nama calon, kesalahan menyatakan nama sekolah lama calon dan sebagainya. Ini menimbulkan pelbagai kesulitan dan kekangan untuk tidak memperolehi sijil dan lencana. Namun demikian masih ada sekolah yang tiada masalah. Tahniah kepada semua. Segala kesalahan dan kesulitan diharap dapat ditambah baikkan dari masa ke semasa untuk kemudahan semua.
Dimaklumkan juga bahawa setiap sekolah yang telah memohon sijil dan lencana, segala urusan berkaitan adalah di bawah tindakan PPPD masing-masing. terpenting pastikan pihak puan menjelaskan dahulu bayaran berkaitan. Kos bayaran seperti erikut :
1. sijil ujian tahap - rm1.00 sat
2. lencana ujian tahap - rm2.50 satu.
3. kos penghantaran - rm8.0
terima kasih








No comments: