Sunday, October 9, 2011
BENGKEL AWAL REMAJA LEPASAN UPSR 2011
Sekali lagi PPIM Terengganu akan menganjurkan program Bengkel Awal Remaja Lepasan UPSR pada 10 Oktober 2011 bertempat di Masjid Tengku Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu. Program ini akan dirasmikan oleh Pegawa Pembangunan DUN Kawasan Batu Burok iaitu YBhg. Dato' Haji Che Mat bin Jusoh. Penyertaan adalah terdiri daripada 320 orang Puteri Tahun 6 di seluruh sekolah di negeri Terengganu. Masa adalah bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Para peserta akan didedahkan dengan pelbagai inpit berbentuk kerohanian, kesihatan dan amali kehidupan seharian. Semua ini sebagai persediaan kepada peserta dalam menghadapi alam remaja, khususnya apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kelak. Penggemblengan tenaga oleh semua AJK PN dan PD didahulukan dengan ucapan terima kasih. Program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya oleh tenaga pengajar daripada Yayasan Islam Terengganu, selain beberapa orang pencermah jemputan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment